SHARE YA!
Drinking water
Via -shutterstock.com

Pengambilan air putih merupakan hal yang penting untuk kesihatan tubuh badan. Sekiranya diabaikan,  anda boleh mengalami penurunan tumpuan bahkan dehidrasi iaitu kehilangan atau kekurangan air dari tubuh yang serius.

Mungkin ramai yang tidak menyedari kepentingan pengambilannya kerana lebih suka minuman berperisa atau manis.

Berikut 12 tanda yang dialami sekiranya anda kurang membuat pengambilan air puteh seperti yang dipetik dari lifehack.org.

1. Mulut anda akan selalu terasa kering. Perlu diketahui bahawa air putih menjadi pelincir selaput lendir di dalam mulut dan tekak. Dengan selalu mengambil air putih mulut akan sentiasa basah.

2. Kulit akan menjadi kering kerana kekurangan air. Kulit kering adalah salah satu tanda-tanda awal dehidrasi yang boleh membawa kepada masalah yang jauh lebih besar.

3. Mata akan menjadi kering dan merah. Jika dalam suatu tempoh yang lama, ia boleh menyebabkan bahaya pada mata anda, lebih-lebih lagi bagi yang memakai “contact lens” setiap hari.

4. Selalu terasa sakit pada tulang. Perlu diketahui bahawa tulang rawan dan tulang belakang terdiri daripada kira-kira 80% air. Menjadi keperluan mutlak untuk menjaga kesihatan tulang yang selalu bekerja setiap hari.

5. Anda akan sakit dalam masa yang lama. Pengambilan air putih yang cukup boleh membantu tubuh untuk terus membuang racun. Ini kerana ia membantu organ untuk bekerja dengan baik.

6. Selalu merasa lelah dan lesu. Ini berlaku apabila tubuh mengalami dehidrasi, tubuh terpaksa “meminjam” air dari darah anda sehingga berlaku kekurangan oksigen yang dibawa ke seluruh badan.

7. Anda cepat merasa lapar terus-menerus. Ketika mengalami dehidrasi, tubuh anda mungkin mula berkehendak kepada beberapa makanan.

8. Anda mungkin mengalami gangguan pencernaan. Tanpa penghidratan yang tepat, jumlah dan kekuatan lendir di perut berkurangan dan memungkin asid perut melakukan beberapa kerosakan besar pada perut.

9. Anda boleh mengalami sembelit.

10. Jumlah kencing juga berkurangan dan kencing juga berwarna pekat.

11. Mengalami penuaan awal. Jumlah air badan anda menurun seiring dengan pertambahan usia. Perlu disedari peneningkatan pengambilan air juga perlu seiring jika tidak ingin mengalami penuaan awal.

12. Aktiviti anda akan terganggu kerana kurangnya air dalam tubuh menyebabkan anda tidak fokus dalam menghadapi sesuatu.

Begitulah antara tanda-tanda kerana kurangnya pengambilan air putih. Apa kata kita kurangkan pengambilan air manis dan perbanyakkan pengambilan air putih. – Vianur.com

KOMEN ANDA!!

Please enter your comment!
Please enter your name here