SHARE YA!
Atasi_Migrain_Sakit_Kepala_1
Via -youtube.com

Migrain atau sering sakit kepala memang memberi masalah besar kepada mereka yang sering mengalaminya.

Punca sakit kepala salah satunya disebabkan tekanan kerja yang menyebabkan banyak kerja terganggu. Selalu mengambil ubat penahan sakit bukanlah penyelesaian yang baik kerana dibimbangi masalah lain pula yang timbul.

Berikut 2 cara mengatasi sakit kepala tanpa ubat cara yang boleh dicuba.

Kamil K. Wawrzyszko mencadangkan cara cerdas serta cepat hilangkan sakit kepala melalui videonya yang kini ditonton lebih 900 000 kali di Youtube. Terdapat komen-komen yang menyatakan bahawa teknik tersebut berhasil.

Strategi yang digunakan melalui tumpuan fikiran dengan memberi tumpuan melalui bentuk, ukuran, warna, dan lokasi sakit yang sering terjadi. Tumpuan boleh dibuat berulang sehingga sakit kepala berkurangan. Lihat video di bawah untuk penerangan yang lebih jelas:

Atasi Migrain dengan Jus Lemon

Atasi_Migrain_Sakit_Kepala_2
Via -healthylifeland.com

Cara kedua mengatasi sakit kepala dicadangkan healthylifeland.com dengan menggunakan bahan-bahan berikut:

– Sedikit kulit lemon
– Jus perahan lemon
– Garam Himalaya

Garam baik untuk kesihatan anda kerana ia meningkatkan kadar
serotonin, yang khasiatnya dapat membuat sistem imun anda kuat.

Cara-cara:

1. Campurkan jus dua lemon bersama sebahagian kulitnya dalam mangkuk.
2. Tambahkan bersama-sama dengan kira-kira dua sudu besar garam Himalaya.
3. Campur dalam segelas air.
4. Minum kesemuanya dengan sekali teguk kerana rasanya yang tidak berapa sedap.

Via -helladelicious.com
Via -helladelicious.com

Dalam masa hanya beberapa minit selepas mengambil minuman ini, isha-Allah anda akan mendapati migrain atau sakit kepala anda beransur hilang.

Petua ini boleh dicuba dan kalau betul-betul menjadi bolehlah maklumkan kepada kami.

* Jika mempunyai tekanan darah tinggi, ambil garam dalam kuantiti
yang berpatutan. – Vianur.com

KOMEN ANDA!!

Please enter your comment!
Please enter your name here