SHARE YA!

Shhhh… kini bukannya lagi rahsia! Jom sama-sama kita semak cara untuk mendapatkan bentuk tubuh yang cantik. Anda runsing penampilan dulu tidak lagi sama dengan sekarang? Terfikir macam mana untuk realisasikan impian anda?

Kami kemukakan 4 cara utama menuju bentuk tubuh menawan! Anda mahu feeling sexy untuk tatapan suami anda? Tidak perlulah membazir sediakan duit beli ubat untuk kurus! Tidak perlu beli body shaping suit atau corset pun! Paling best semua cara di bawah tidak melibatkan duit yang banyak. Jom semak!

Pertama: Jangan Melantak!

Ini untuk kesejahteraan tubuh badan anda sendiri. Tahulah di Malaysia banyak sangat makanan yang sedap-sedap. Tidak terkira! Tapi pastikan anda makan dengan kuantiti yang sedikit untuk makanan yang bersantan, berminyak dan mengandungi gula. Makin rajin anda melatih nafsu anda untuk makan banyak sampai puas dan sampai sendat perut, nampaknya makin tinggilah peluang untuk anda gemuk, buncit atau lebih teruk lagi boleh menyebabkan dapat penyakit lain bila lemak dan kolesterol jahat sudah bertapak lama dalam tubuh.

Kedua: Senaman Tubuh

Buat senaman yang anda suka secara rutin! Contohnya berjalan, melompat atau berlari. Kenapa? Secara lumrahnya anda akan rajin buat perkara yang anda sendiri suka dan minat. Cari senaman yang paling sesuai dengan tubuh anda. Fikirkan setiap gerakan senaman, ia anda akan membantu anda untuk lebih cergas! Bila cergas, fikiran anda akan lebih positif dan dapat elakkan kemurungan serta rasa rendah diri yang menyerang anda.

Namun, yang paling utama adalah jenis senaman yang dapat membantu bentuk tubuh lebih cantik seperti squat, pushup, lunge dan walkout. Sebagai bonus untuk diri anda, secara tidak langsung senaman ini juga mampu membentuk postur tubuh yang betul. Postur tubuh yang betul bukan sahaja membuatkan tubuh anda nampak lebih cantik, malah juga bagus untuk tulang!

Ketiga: Minum Air Putih

Mesti ambil air putih (elakkan ais) secukupnya untuk tubuh. Penting! Sangat penting! Jangan terkurang dan terlebih! Air putih yang bersih dan berkualiti penting bukan sahaja antaranya boleh mencantikkan kulit anda malah dapat melancarkan proses pencernaan, mengawal suhu badan, menjaga organ-organ tubuh, mengeluarkan toksin dan melancarkan peredaran darah. Minumlah air putih yang bersih dan berkualiti supaya tubuh anda lebih segar dan sihat. Tanpa air yang cukup, tubuh tidak dapat menjalankan fungsinya dengan optimum.

Keempat: Buah Sebagai Kudapan

Suka buah epal? Oh! Bukan sahaja epal malah buah beri, oren, pisang serta banyak lagi yang boleh dijadikan sebagai kudapan atau snek bila anda rasa mahu mengunyah! Makanlah buah-buahan segar dalam kuantiti yang adil untuk tubuh anda. Bagi anda yang tidak berapa gemar makan buah, apa kata jadikannya sebagai jus tanpa sebarang tambahan gula. Jom ketagih jus buah setiap hari!

Perhatikan… Tanpa keluarkan duit yang banyak, tubuh menawan bakal menjadi milik anda. Apa yang penting konsisten dalam melakukan sesuatu perkara. – ViaNUR

KOMEN ANDA!!

Please enter your comment!
Please enter your name here