SHARE YA!

Sukar Dapat JodohWanita bijak atau golongan profoesional dikatakan semakin ramai yang sukar bertemu jodoh. Hidup membujang sedangkan usia semakin dimamah masa.

Yelah, jodoh, ajal, maut ketentuan Tuhan, namun hakikatnya agak ramai wanita bijak dan bekerjaya agak sukar mendapat jodoh. Sering. dilihat happy dengan kehidupan bersendiri, namun dalam hati remuk kerana jodoh belum juga kunjung tiba.

5 alasan kenapa wanita bijak sukar mendapat jodoh.

1. Terbiasa Melakukan Semuanya Secara Sendiri

Wanita bijak lebih cekal sehingga boleh menikmati kerjaya yang bagus serta berpendapatan yang amat baik. Mereka mempunyai kebiasaan melakukan semuanya sendiri, sentiasa sibuk sehingga beralasan tiada masa untuk bersosial dan mencari pasangan.

2. Terlalu Memilih & Mementingkan Kesempurnaan

Adakah wanita bijak terlalu memilih? Jawapannya mungkin ya kerana menganggap status mereka yang profesional dan berharap bakal suami juga seperti mereka yang memiliki kesempurnaan. Pada zaman wanita bijak semakin ramai dan lelaki sempurna yang semakin pupus menjejaskan peluang mereka sehingga terus bersendiri sehingga kini.

3. Terlalu Sibuk & Hanya Punyai Waktu Untuk Diri Sendiri Sahaja

Kerjaya juga boleh menyebabkan wanita bijak terlalu sibuk sehingga waktu terluang hanya sempat untuk diri sendiri sahaja.Soal jodoh, cinta dan keluarga tidak sempat untuk difikirkan.

4. Pernah Terluka & Fobia Untuk Menempuh Situasi Yang Sama

Ada yang pernah gagal dalam hubungan pertama mereka. Ini menyebabkan mereka tidak ambil pot atau fobia untuk memulakan hubungan yang seterusnya kerana dibimbangi mengalami nasib yang sama. Jadilah mereka masih bersendiri sehingga kini.

5. Lebih Mementingkan Orang Lain Dari Diri Sendirin

Bagi mereka, kebahagiaan orang lain lebih penting dari diri sendiri. Wanita bijak sentiasa memikirkan untuk membahagiakan keluarga dan menjadi kebanggaan orang tua mereka.

Ini antara alasan, mungkin ada yang telah berusaha sebaiknya tetapi masih gagal dalam mencari pasangan hidup.

Kami mendoakan jodoh yang baik-baik untuk anda, semoga dipermudahkan, amin….

KOMEN ANDA!!

Please enter your comment!
Please enter your name here