SHARE YA!
Soda Bikarbonat
Via -maszie.blogspot.com

Selama ini kita semua tahu soda bikarbonat hanya untuk membuat kuih-muih dan kek. Namun keajaibannya luar biasa, bukan hanya untuk menghasilkan kuih-muih malah banyak lagi magik kesan penggunaan bahan soda ini. Nampak ‘simple’ tetapi berkesan.

Magik Soda Bikarbonat

Hendak membersihkan rumah dan peralatan dapur memang remeh dan membebankan. Tidak perlu membazir membeli produk mahal di pasaran untuk menyental kotoran. Anda hanya berbelanja kurang dari RM10 untuk rumah nampak bersih dan berseri. Jom ketahui magik soda bikarbonat… semudah 1, 2, 3…

Papan Potong Berbau/Bercalar/Bertukar Warna

Ratakan 1 sudu kecil soda bikarbonat pada papan pemotong dan biarkan 30 minit. Kemudian ambil sepotong lemon, gosok pada seluruh papan. Bilas dengan air. Tadaa.. papan pemotong seperti baru!

Sink/Paip Kotor

Didihkan 50 ml air berserta soda bikarbonat. Tuang bahan didihan di keliling sink/paip. Biarkan 10 minit. Gosok dengan span. Tak perlu sental kuat-kuat.. hanya gosok. Bilas dengan air. Sink/paip bersinar sparkling!!

Sudu/Garpu/Senduk/Pisau Pudar

Didihkan air bersama 1 sudu besar bahan soda ke dalam periuk. Masukkan sudu, garpu, senduk, pisau atau semua perkakas yang perlu dibersihkan. Didihkan selama 15 minit. Tutup api. Biarkan selama 20 – 25 minit. Cuci dengan span dan bilas dengan air. Cubalah tak rugi. Boleh juga digunakan untuk menghilang bau senduk kayu, cuma tambahkan perahan lemon.

Mug/Cawan Kesan Kopi dan Teh

Didihkan air bersama soda bikarbonat dan tuang ke dalam mug/cawan. Biarkan 15 minit. Cuci dengan span dan bilas. Mug/cawan seperti baru dibeli.

Periuk Hangus

Tuang air dalam periuk dan tabur 1 sudu besar bahan soda. Didihkan selama 15 minit. Biarkan pula selama 20 minit. Buang air dan gosok dengan span. Jika kesan hangus masih ada, ulang semula proses tadi. Anda akan tersenyum lebar.

Mangkuk Tandas Kotor

Tabur soda bikarbonat di sekeliling mangkuk tandas. Biarkan semalaman. Cuci seperti biasa keesokkan hari. Mangkuk tandas putih semula. Untuk mengekalkan keputihan mangkuk tandas secara berterusan, tabur 1 sudu besar bahan soda dan 10 ml cuka dalam tangki air. Setiap kali anda flush, kotoran pun terflush sama. Ulangi proses ini setiap minggu. Seperti tandas ‘self-service’!

Oh, magik soda bikarbonat!! – ViaNUR

KOMEN ANDA!!

Please enter your comment!
Please enter your name here