SHARE YA!
Membezakan Anak
Via -coolmumsuperdad.com

“Tengoklah tu, baik je budaknya. Tak macam Aisha tu”.

“Rajin anak Mak Ngah kau, tak macam anak Along”.

Senario ibu bapa yang selalu membeza-bezakan anak-anak mahupun cucu sebenarnya tidak perlu berlaku lagi. Malah seseorang itu mungkin akan memendam perasaan jika tidak dapat meneliti dan memahami sebaik-baiknya mesej yang tersirat disebalik perbandingan tersebut. Memori itu akan dibawa dan diingati sehingga dewasa.

Apa keperluan perbandingan jika ia hanya mengguris perasaan seseorang? Ibu bapa tidak perlu lagi membeza-bezakan. Tapi perlu lebih bijak untuk menerima kelebihan dan kekurangan anak-anak mahupun cucu. Alihkan perkataan negatif ke arah yang lebih positif. Iya, memang susah buat permulaan. Tapi percayalah lama-kelamaan jika bersungguh-sungguh dan bertekad untuk mengubah persekitaran, dengan izin Allah pasti berjaya. Bukan itu sahaja, hubungan akan menjadi lebih mesra dan ramai yang akan lebih selesa dan berasa selamat berada disekeliling anda. Ingatlah, diam itu lebih baik daripada berkata-kata yang sia-sia.

Bukankah perkataan negatif yang dilemparkan itu hanya akan membuatkan semangat menjadi pudar dan kasih sayang bertukar menjadi rapuh jika terus-menerus melemparkan kata-kata bisa yang sebenarnya akan membuatkan emosi mangsa terganggu. Tidakkah ianya seolah-olah menghina dan memperkecil-kecilkan mangsa? Adakah anda rasa tidak puas jika tidak melemparkan kata-kata negatif? Jika iya, AWAS! Anda berkemungkinan tidak mempunyai ilmu kekeluargaan yang cukup! Jika ilmu kekelurgaan anda sudah tebal, periksa pula hati anda. Apa sebenarnya yang anda mahu dan adakah anda berada dilorong yang betul dalam mendidik anak-anak? Jadilah ibu bapa atau keluarga yang bijak menguruskan ahlinya.

Sebagai ibu atau bapa, tanya pada diri anda.. adakah anda rasa gembira jika ibu atau bapa anda pula yang membeza-bezakan anda? Adakah anda rasa bahagia jika hal-hal anda diungkit? Apakah perasaan anda apabila mereka seolah-olah ‘menikam’ dalaman anda? Sedangkan ibu bapalah yang sepatutnya menjadi tunjang pada keluarga, melimpahkan kasih sayang dan tempat untuk bermanja bagi anak-anak mahupun cucu sendiri.

Adakah anda mahu anak-anak mencari kasih sayang atau kebahagiaan diluar? Adakah anda pasti bahawa benarkah ahli keluarga betul-betul selesa bersama dengan anda? Jika anda takut untuk bertanya atau hanya menganggarkan sahaja, itu bermakna anda mungkin takut untuk merubah ke arah suasana keluarga yang lebih positif. Keturunan atau keluarga yang positif bermula dari anda. Jika anda bermula dengan sikap membeza-bezakan, jangan malu untuk berubah kepada sikap yang lebih positif kerana setiap orang ada kesilapan masing-masing. Itulah dinamakan manusia. Allah suka akan hamba-hambanya bertaubat setelah sedar dari kesilapan.

“Aisha ni baik, rajin pulak tau. Suka Tok tengok. Selalu rajin lagi Tok lagi sayang”.

Berubah kepada yang lebih positif ya! Jika anda tidak tahu apa yang perlu dikatakan, lebih baik diam. Istighfar salah satu penyelamat untuk anda tidak meneruskan amarah atau kata-kata seperti belati. Insya Allah lebih banyak yang dipraktikkan, lebih positif hasilnya dan juga jiwa jadi lebih tenang. Tak percaya? Mulai daripada sekarang!

KOMEN ANDA!!

Please enter your comment!
Please enter your name here