SHARE YA!
Buah Kurma
Via -applerosejournal

Ramadhan datang lagi. Kemeriahan berpuasa akan lebih terasa dengan adanya buah kurma ketika berbuka.

Biasannya apabila kita menjamah kurma, selepas membuka plastik atau kotak kita terus memakannnya. Tak menjadi masalah kerana zahirnya kelihatan bersih.

Namun begitu, tentu anda terasa nak membasuh kurma sebelum dimakan apabila membaca perkongsian Habibah Badar Bajrai ini.

Bapa saudara saya import sendiri buah kurma dari Madinah dan tidak menggunakan mana-mana orng tengah.

Jadi, beliau selalu pergi ke ladang-ladang dan ke kilang kurma. Isteri dia sentiasa mengikut bapa saudara saya itu, merangkap ibu saudara saya. Ibu saudara saya kata, kalaulah korang tengok macam mana diorang uruskan buah kurma, pasti korang tak akan sampai hati nak makan tanpa cuci.

Bukan cuci seperti cuci pinggan ye, cuci seperti lalukan air sahaja, sekurang-kurangnya habuk-habuk yang melekat pada buah kurma itu tanggal. Warna buah kurma pun nampak lagi cantik dan berseri.

Kurma tersebut bukan dipetik terus dimasukkan ke dalam kotak tapi dicampak tanpa belas kasihan dan tanpa perasaan ke atas tanah.

Saya tak mahu cerita banyak, nanti korang makan tak kenyang, mandi tak basah. Nanti siapa yang susah?

Sebelum makan, buah kurma perlu dijirus air dan kemudiannya di toskan. Tak perlu letakkan sabun dan syampu. Selepas itu keringkan dalam suhu  bilik sampai kurma berkenaan kering. jangan lupa tutupkan kerana bimbang akan dimasuki binatanag-binatang tertentu.

KOMEN ANDA!!

Please enter your comment!
Please enter your name here