SHARE YA!
Via :syifa.info
Via :syifa.info

Badan anda terasa lenguh-lenguh atau sengal-sengal? Nak bersendawa seakan tidak lepas, kaki terasa tidak selesa? Itu punca angin banyak dalam badan.

Tanda-tanda banyak angin:

• Rasa lesu/letih/tidak bertenaga.
• Selalu rasa kebas/lenguh/sengal.
• Tapak tangan/kaki berasa sejuk.
• Selalu menguap/mudah mengantuk.
• Sukar bernafas/nafas pendek.
• Rasa ketegangan di tengkuk dan pinggang.

Cara mudah mengeluarkan angin dalam badan.

Bahan-bahan:

– Susu kotak (apa-apa jenama pun boleh, susu pekat pun boleh)
– Halia ( Sebesar ibu jari, lebih kurang 3-4cm)

*Halia perlu ikut ketahanan tekak. Kalau nak ‘kaw’ dan pedas boleh ditambah. Kalau setakat 3-4cm mungkin tak rasa apa-apa namun tetap berkesan.

Cara-cara Penyediaannya:

1. Hiris halia nipis-nipis dan renehkan dengan susu sehingga mendidih dengan api pelahan.
2. Sedia untuk diminum.

*Seelok-eloknya diminum ketika susu masih suam.

Kesan serta-merta:

– Sendawa dan kentut tanpa henti.

Boleh diminum oleh:

-Lelaki dan wanita
-Ibu mengandung dan menyusu pun boleh meminumnya tetapi kurangkan halia, cukup 2-3cm sahaja.

Petua yang sangat berkesan untuk membuang angin dari badan yang boleh diamalkan bila-bila masa sahaja, pagi atau malam serta boleh diamalkan 2-3 kali seminggu. InshaAllah…

– Perkongsian Jannah Halimatun

KOMEN ANDA!!

Please enter your comment!
Please enter your name here