SHARE YA!
Via -cbc.ca
Via -cbc.ca

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memberi amaran bahawa virus Zika telah merebak dengan pantasnya di Amerika Syarikat dengan anggaran empat juta rakyatnya kemungkinan akan dijangkiti pada akhir tahun ini.

Manakala Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Antarabangsa telah mengeluarkan senarai lebih 12 negara untuk tidak dilawati oleh wanita hamil terutamanya di Caribbean dan Amerika Latin.

Apa itu virus Zika?

Zika merupakan virus bawaan nyamuk aedes iaitu nyamuk yang menyebarkan denggi dan chikungunya.

Ia ditemui di hutan Zika di Uganda pada tahun 1947 dan bukanlah merupakan penyakit baharu bagi negara seperti Afrika.

Namun, wabak Zika mula merebak secara meluas di Hemisfera Barat sejak May 2015 bermula di Brazil.

Bagaimanakah ia merebak?

Disebarkan melalui nyamuk aedes – bergantung kepada spesis.

Aedes jenis aegypti, paling banyak menyebarkan Zika. Aedes jenis ini ditemui di Florida, Gulf Coast dan Hawaii.

Namun baru-baru ini, ia turut ditemui di Washinton DC yang bercuaca panas.

Aedes jenis albopictus dikatakan turut mampu menyebarkan virus Zika tetapi tiada kajian kukuh mengenainya. Jenis ini boleh ditemui di utara New York dan Chicago pada musim panas.

Nyamuk aedes biasanya menggigit pada awal pagi dan senja. Ia membiak dalam takungan air jernih dan memerlukan masa seminggu untuk menjadi nyamuk dewasa.

Simptom utama demam Zika

– Sakit kepala
– Ruam pada kulit
– Sakit sendi
– Mata kemerahan

Rawatan?

Seperti denggi, sehingga kini belum ada vaksin atau ubat spesifik yang boleh melawan virus Zika.

Kesan virus Zika

Virus Zika yang merebak akan menyebabkan sejenis kecacatan otak dan boleh menyerang bayi dalam kandungan.

Bagaimana Zika boleh menyebab kecacatan otak pada janin?

Virus Zika boleh tersebar menerusi jangkitan kuman kepada janin dan peringkat janin yang paling berisiko dijangkiti virus tersebut adalah dalam tempoh kehamilan tiga bulan pertama.

Sindrom microcephaly disebabkan virus zika akan menyebabkan seseorang kanak-kanak berhadapan kecacatan mental sehingga membataskan kecerdasan pergerakan otot seumur hidup mereka.

Simptom Virus Zika
Via -en.wikipedia.org

Tiada virus Zika di Malaysia?

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Jumaat, mengesahkan tiada virus Zika dikesan di negara ini, namun Malaysia mempunyai densiti nyamuk aedes iaitu nyamuk pembawa virus Zika.

Sehingga kini, terdapat 22 buah negara melaporkan kes Zika iaitu virus dari gigitan nyamuk aedes buat masa ini.

Negara itu ialah Barbados, Bolivia, Brazil, Colombia, Republik Dominica, Ecuador, El Salvador, French Guiana, Guadeloupe, Guatemala, Guyana, Honduras, Martinique, Mexico, Panama, Paraguay, Puerto Rico, Saint Martin, Suriname, U.S., Virgin Islands, Venezuela dan Samoa.

Wanita Klang sah dijangkiti virus Zika, kes pertama di negara ini

Kementerian Kesihatan mengesahkan seorang wanita berusia 58 tahun di Klang, Selangor sebagai mangsa pertama dijangkiti virus Zika di Malaysia.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata wanita yang bekerja sebagai konsultan kewangan di Petaling Jaya itu menaiki bas bersama suaminya untuk mengunjungi anak perempuan mereka di Singapura pada 19 Ogos dan pulang ke tanah air dua hari kemudian.

Bercakap pada satu sidang media di sini, beliau berkata selepas seminggu, wanita berkenaan dilaporkan mulai demam dan dirujuk ke Hospital Sungai Buloh untuk pemeriksaan.

Menurutnya, ujian air kencing yang dijalankan ke atasnya mengesahkan dia dijangkiti virus tersebut.

Bagaimanapun, ujian ke atas suaminya yang turut sama ke Singapura didapati negatif.

Katanya, anak wanita berkenaan di Singapura disahkan dijangkiti virus Zika pada 30 Ogos lalu oleh pihak berkuasa kesihatan Singapura.

Katanya lagi, kementerian akan melaksanakan kawalan vektor nyamuk Aedes di kawasan perumahan wanita itu yang terletak di Taman Botanik, Klang.

Kawalan vektor nyamuk akan turut dilakukan di sempadan-sempadan Singapura dan Malaysia, termasuk dalam kenderaan yang datang dari Singapura, terutamanya kenderaan awam seperti bas. – Astro Awani

KOMEN ANDA!!

Please enter your comment!
Please enter your name here