SHARE YA!
Khasiat Budu
Via -ediblyasian.info

Ketahui khasiat budu. Suka makan budu bersama ulam-ulaman terutamanya pegaga? Jangan risau kerana ia mempunyai khasiat yang baik iaitu dapat mengelak seseorang dari terkena kanser perut.

Ia diakui oleh Pakar Perunding Kanan Gastroenterologi, Hepatologi dan Perubatan Dalam, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr Lee Yeong Yeh.

Beliau mendapati faktor budu dan pegaga dipercayai menjadikan masyarakat Melayu di Kelantan jarang menghadapi masalah kanser perut.

Faktor utama penyakit tersebut adalah kewujudan kuman Helicobacter pylori (H.pylori) dalam perut, namun bakteria jenis itu didapati jarang terdapat di kalangan penduduk negeri Kelantan, kata beliau dipetik Utusan Online.

Pihaknya percaya unsur biokimia yang terdapat dalam makanan tradisional tempatan itu merencat pertumbuhan H.pylori sekali gus mengurangkan risiko penyakit kanser perut golongan yang menggemari budu dan pegaga.

“Kita masih lagi dalam peringkat kajian awal, namun setakat ini kita percaya pengambilan budu dan pegaga mungkin boleh mencegah H.pylori dan seterusnya kanser perut.

“Selain itu, penduduk Melayu di sini (Kelantan) juga didapati mempunyai jenis-jenis varian gen yang boleh menghasilkan unsur-unsur bahan kimia badan yang boleh melawan kuman H.pylori,” kata beliau lagi. – ViaNUR

KOMEN ANDA!!

Please enter your comment!
Please enter your name here