SHARE YA!
Via - poppypaperie
Via – poppypaperie

Lemon, buah yang mengandungi herba detoks. Kini ramai yang menjadikannya sebagai minuman rutin dengan meminumnya bersama air panas.

Lemon sebagai mana diketahui, ia boleh membersihkan tubuh daripada racun yang terkumpul setiap hari serta meningkatkan fungsi sistem pencernaan tubuh.

Keri Glassman, pakar pemakanan yang juga penulis kesihatan melakukan kebiasaan ini mengatakan kepada ABC News Radio, “Segelas air lemon panas sebelum sarapan tidak hanya dapat membantu anda tetap terhidrasi, tetapi juga dapat meningkatkan pencernaan dan menetapkan nafsu makan yang terlalu aktif”.

Dana James, pelatih pemakanan juga berpendapat, air lemon telah menunjukkan sifat semula jadi yang menakjubkan untuk pembersihan. Ia mempunyai kemampuan untuk meningkatkan detoksifikasi kerana kepahitan lemon ini akan mengaktifkan aliran hempedu, membantu emulsi dan mengeluarkan racun yang larut dalam lemak . Oleh itu ia menjadi penyebab yang cukup untuk memulakan terapi minum air lemon.

Namun, satu hal yang perlu diingat ketika menyediakan segelas air lemon, yang menyebabkan semua orang biasanya terlupa – menambah beberapa hirisan serta parutan kulit lemon. Ia akan memberikan anda manfaat kesihatan maksimum kerana “kulit lemon mengandungi limonin flavonoid, dan di situlah sifat detox berasal,” jelas James.

Oleh itu, ketika anda mempersiapkan segelas air lemon panas, pastikan anda menambah sekurang-kurangnya setengah sudu teh kulit parutan lemon. Dengan demikian anda memanfaatkan semua manfaat dari lemon secara maksimum.

KOMEN ANDA!!

Please enter your comment!
Please enter your name here