SHARE YA!
Via – dailyhealthpost

Lemon, buah yang mudah diperolehi dan banyak manafaatnya. Sebagaimana diketahui lemon mempunyai pelbagai khasiat. Disamping untuk menyegarkan badan sebagai minuman – ketahui cara betul penyediaannya, kerana antioksidan yang tinggi, ia menjadi pilihan untuk mengekalkan kesihatan tubuh, bagus untuk sistem pencernaan, mengatasi bau mulut serta pelbagai khasiat lain.

Manafaat hirisan lemon dan garam

Bagaimana pula kalau lemon dan garam menjadi penyegar ruang. Cuba hiriskan lemon, letakkan dalam mangkuk atau piring dan taburkan garam secukupnya pada hirisan lemon tadi lalu diletakkan di runag bilik atau ruang rumah. Pastinya hasil tidak kurang hebat.

Paduan lemon dan garam boleh menghasilkan aroma yang mempengaruhi ruang rumah seterusnya penghuninya.

1. Meningkatkan kualiti ruang

Sekiranya ruang rumah yang baru dicat, baunya akan kurang menyenangkan. Apa kata cuba hirisan lemon dan garam untuk menyerap bau serta menjadi ruang bertambah segar. Lemon juga boleh menyerap bakteria dan boleh menghilangkan bau di ruang rumah akibat bakteria tadi. Kesegaran ruang dapat dinikmati sebaiknya.

2. Mengatasi Stess

Bau buah lemon yang digandingkan dengan garam menjadi aroma terapi yang baik di bilik tidur anda. Manafaat dengan aroma yang dihasilkan boleh mengurang stress serta kegelisahan. Ini kerana lemon memiliki sifat terapeutik yang bertindak sebagai anti-depresan kepada tubuh.

3. Meningkatkan Fokus Fikiran

Kajian yang dilakukan penyelidik Jepun mendapati aroma lemon atau rosemary di ruang bilik pada pagi hari mampu meningkatkan fungsi kognitif pesakit Alzheimer. Lemon mempunyai fungsi aromatik mampu untuk menenangkan hati melapangkan fikiran, serta meningkatkan keupayaan sistem kognitif. Oeh itu manafaatkan hirisan lemon bersama garam di ruang bilik untuk merehatkan serta menyaman fikiran. Fokus fikiran juga bertambah baik.

4. Menghalau Naymuk dan Serangga

Tidur akan menjadi lebih lena. Lemon diketahui mempunyai wangian khas yang diperkaya dengan kandungan sitronelal, iaitu bahan yang ditakuti serangga. Sitronelal akan tersebar bersama bau lemon untuk menghalau nyamuk.

Caranya, masukkan hirisan lemon ke dalam mangkuk dan masukkan sedikit air. Kemudian taburkan garam secukupnya. Letakkan ramuan tadi di tempat yang selalu banyak nyamuk atau serangga lain.

5. Menurunkan Tekanan Darah

Menghirup aroma lemon dapat membantu menurunkan tekanan darah. Ini kerana lemon menjadi fungsi yang baik untu mengurangkan retensi air. Penyerapan minerel kepada tubuh dapat ditingkatkan.

6. Mengatasi Hidung Tersumbat

Hidung tersumbat akan menyukarkan tugasan harian. Apa kata menggunakan bahan semulajadi lemon dan garam untuk mengurangkan masalah hidung. Dengan bau yang masalah hidung tersumbat boleh hilang.

Cubalah tips yang dipetik dari Dietoflife. Mudah-mudahan lemon dan garam memberi kesan positif untuk bilik tidur anda. – ViaNUR

KOMEN ANDA!!

Please enter your comment!
Please enter your name here