SHARE YA!
Via - gdnonline.com
Via – gdnonline.com

Lemon, selain sebagai minunam enak dengan penyediaan yang betul jusnya, ia mempunyai pelbagai khasiat kesihatan yang lain. Selain banyak kegunaan dan khasiatnya dengan kandungan tinggi vitamin C, lemon juga baik untuk kesihatan kulit dan juga rambut.

Berikut beberapa kebaikan lemon yang dipetik dari MalaysianGazette untuk maklumat anda.

1. Boleh menghilang bintik hitam di muka. Ambil kapas dan titis perahan lemon, kemudian sapukan pada muka.

2. Anda mengalami kulit kering? Selain menggunakan pelembap muka, anda boleh membuat campuran jus lemon dan madu serta titis air bersama. Ramuan ini boleh disapu pada muka, tangan dan kaki. Anda boleh juga menggunakan kombinasi lemon dan air kelapa. Gunakan campuran ini untuk membasuh muka.

3. Lemon juga boleh menghilangkan kesan gelap pada lutut, siku dan jari kaki.

4. Buah lemon boleh digunakan untuk membersihkan kuku kuning dan rapuh dengan mencampurkannya jus lemon dengan beberapa titis minyak badam. Sapukan campuran ini pada kuku selama 20 minit dan kemudian bilas dengan air suam.

5. Anda mengalami masalah kelemumur dan kulit kepala yang kering, gatal dan tidak stabil? Sapukan jus lemon pada kulit kepala. Lakukan tiga kali seminggu untuk mendapatkan hasil terbaik.

6. Buah ajaib ini boleh digunakan untuk menangani masalah bibir terkelupas. Campurkan dengan sedikit gula dan gosok bibir anda dengannya.

7. Lemon berfungsi membersih dan meningkatkan sistem badan anda. Ambil secawan air suam lemon setiap pagi sebagai pembersih badan yang sempurna kerana lemon adalah diuretik dan menyingkirkan toksin dari badan. Bukan itu sahaja, lemon juga dipercayai untuk meningkatkan sistem imun anda.

8. Buah ini adalah bahan membantu pencernaan. Ia berfungsi membantu hati menghasilkan asid hempedu, yang diperlukan untuk pencernaan. Selain itu, mereka membantu dalam menggerakkan toksin dari saluran penghadaman.

Selamat mencuba!!

KOMEN ANDA!!

Please enter your comment!
Please enter your name here