SHARE YA!
Via - Cahaya Mata/FB
Via – Cahaya Mata/FB

Demam panas menjadi sinonim kepada anak-anak terutama bagi anak-anak yang kurang kuat antibodinya. Apabila badan anak-anak mengatasi suhu normal, ia tentunya menggusarkan ibu bapa, apatah lagi sekiranya demam tersebut sehingga menyebabkan badan menggigil.

Pelbagai cara digunakan ibu bapa berdasarkan pengalaman dan nasihat untuk mengatasi meredakan deman tersebut.

Berikut salah satu petua yang dikongsi Cahaya Mata untuk meredakan demam yang dialami anak-anak iaitu dengan menggunakan telur rebus. Ia dikatakan mujarab untuk mengatasi demam panas kanak-kanak dan bayi. Ikuti petua tersebut:

Langkah 1: Bersihkan teluar kemudian rebus telur sampai masak sepenuhnya.

Langkah 2: Setelah telur masak, kupas kulitnya dan elakkan telur daripada pecah.

Langkah 3: Balutkan telur tadi dengan kain napkin atau tuala. Pastikan ia tidak begitu panas dan sesuai untuk digunakan pada anak kecil anda.

Via - thenourishinggourmet.com
Via – thenourishinggourmet.com

Langkah 4: Golek-golekkan telur ke seluruh badan anak anda. Golekkan secara lembut.

Tips: Berbuallah dengan anak-anak ketika melakukannya agar mereka berasa selesa. Paling penting, letakkan telur tersebut di celah ketiak anak bersertakan niat disertai bacaan surah Al-Fatihah.

Langkah 5: Apabila telur sudah suam, tanggalkan kain balutan telur dan teruskan menggolek telur tadi sehingga sejuk. Waktu ini anda dapat lihat telur sudah mula menggerutu.

Langkah 6: Sekiranya panas badan belum turun, anda boleh ulangi langkah di atas dengan telur yang lain, insya Allah panasnya akan berkurangan.

Bagi telur yang sudah selesai digolek tadi, biarkan dalam 5-10 minit dan selepas itu boleh tanggalkan putih telur dengan berhati-hati. Anda pasti terkejut dengan hasilnya, kuning telur menjadi menggerutu kesan golekan tersebut.

Jam 11mlm : mlm tu ank sy tdo Lena Walaupun demam… X menggigil2 + merengek spt sblum2 ni.. Jam 11 Pg Esk nya : Pas Buat… Ank sy Mula Cergas..ptg tu Dia da Mula bermain Mlm nya Sy bt lg… Sy khusus kn d Bahagian kpala + blakang telinga dia.. Alhamdulillah… Slepas rawatan… Dia sembuh Dr demam… Banyak kn bg Dia minum air masak… Kerap kn Mandi… – Gahaya Mata

Salah satu cara yang boleh dicuba ibu bapa. Mungkin juga boleh untuk orang dewasa.

KOMEN ANDA!!

Please enter your comment!
Please enter your name here