SHARE YA!

Ibu bapa tentu risau apabila anak-anak dan remaja menghabiskan begitu banyak masa dengan komputer, telefon pintar atau permainan video.

Namun begitu ada manafaat sekiranya menghadkan tempoh masa tertentu apabila menggunakan gadget tersebut.

Menurut laporan portal The Telegraph, merujuk kepada kajian Universiti Oxford, yang diterbitkan di jurnal Psychological Science, kesan positif penggunaan komputer dan gadget setiap hari setakat seperti berikut:

Komputer              – 4 jam 17 minit
Telefon Pintar     – 2 jam
Permainan video – 1 jam 40 minit

Kajian tersebut berdasarkan tinjauan terhadap 120,000 remaja berusia 15 tahun.

Penyelidik percaya dunia digital boleh meningkatkan daya kreatif dan kemahiran komunikasi.

“Kajian lepas terlalu meringkaskan hubungan antara skrin digital dengan kesejahteraan mental remaja.

“Keseluruhannya kami mendapati penggunaan teknologi digital tidak semestinya buruk tetapi mungkin mempunyai kelebihan dalam sebuah dunia yang saling berhubungan kecualilah peralatan digital itu diguna terlalu lama atau mengganggu tugasan sekolah atau selepas kegiatan sekolah.

“Kajian kami mendapati sejumlah hubungan digital mungkin lebih baik daripada tidak ada hubungan langsung dan tahap pengunaan yang sederhana seperti dalam cerita Goldilocks sesuai untuk remaja.”Dr Andrew Przybylski dari Institut Internet Oxford

Pada 2014, penyelidik di China mendapati penggunaan internet secara berlebihan boleh menyebabkan pengecilan saiz otak, sementara ahli psikiatri berkata kanak-kanak akan mengalami “sindrom skrin elektronik”, gejala mudah terangsang oleh gajet.

Kajian lain pula mendapati menggunakan komputer, telefon pintar atau tablet sebelum tidur boleh mengganggu tidur.

Penyelidik Universiti Oxford bersetuju peralatan elektronik boleh memudaratkan jika remaja yang menggunakannya menyebabkan mereka kurang bersenam, tidur atau berhubung dengan rakan.

KOMEN ANDA!!

Please enter your comment!
Please enter your name here