SHARE YA!

Tips MenarikBahan-bahan kegunaan harian yang nampak ‘simple’ namun boleh memberi kesan mengkagumkan apabila dicuba. Berikut antara 4 bahan asas dengan tips menarik untuk anda.

Madu

Menariknya anda boleh gunakan madu sebagai alternatif untuk pudarkan parut-parut kecil pada tubuh. Caranya ambil sedikit madu dan sapukan rata di sekitar parut dan jadikannya amalan setiap hari sehingga sembuh. Insha Allah ianya mujarab.

Selain itu madu jika dicampurkan bersama gula pasir, boleh dijadikan sebagai scrub untuk menyingkirkan sel-sel mati, melembabkan kulit dan menjadikan kulit anda lebih harum. Caranya ambil madu secukupnya dan campurkan gula pasir dalam nisbah 1:1 (madu:gula) dan gaulkan sedikit. Selepas itu terus sahaja ambil campuran tersebut dan scrub di tempat yang perlu seperti wajah, leher dan bawah lengan. Biarkan lebih kurang 3-5 minit kemudian bilas dengan air bersih.

Arang Kayu

Si hitam arang ini banyak juga kegunaannya. Selain digunakan sebagai bahan bakar untuk memasak, arang kayu juga digunakan sebagai bahan semula jadi untuk menyerap bau busuk! Jika peti sejuk berbau busuk, anda perlu bersihkan peti sejuk terlebih dahulu sebelum meletakkan arang. Kemudian, letakkan seketul arang di dalam bekas dan bekas tersebut diletakkan berhampiran punca atau arah bau dalam peti sejuk bahagian atas atau bawah. Letakkan lebih sedikit arang jika bau busuk datangnya lebih daripada satu arah.

Selain peti sejuk, arang juga boleh diletakkan di dalam kereta dan juga almari. Di pasaran, anda sudah boleh dapatkan pek siap arang yang telah dibungkus cantik untuk diletakkan di dalam kereta atau almari.

Uncang Teh Wangi

Apa yang anda boleh buat dengan uncang teh wangi? Apa kata jadikannya sebagai pewangi di dalam kereta, almari pakaian mahupun juga diletakkan dalam beg tangan anda. Gantungkan atau letakkan begitu sahaja uncang teh dan biarkan bau wangi teh tersebar!

Anda juga boleh jadikan uncang teh wangi ini sebagai aromaterapi yang menenangkan minda dengan meletakkan uncang di sebelah bantal tempat tidur.

Minyak Sapi

Ada apa dengan minyak sapi? Selain menyedapkan makanan, minyak sapi boleh dikatakan mujarab sekiranya disapu pada tempat terjadinya ulser mulut. Apabila disapu, ianya tidak menyakitkan. Ambil sedikit minyak sapi dan sapukan pada tempat yang sakit dan biarkan sehingga ia mencair dengan sendiri. Sapukan setiap hari sehingga ulser mulut beransur sembuh. Tips ini anda boleh gunakan sebagai alternatif selain garam.

Semoga beinspirasi untuk anda, selamat mencuba! – ViaNUR

KOMEN ANDA!!

Please enter your comment!
Please enter your name here